Pages

Ahad, 25 Oktober 2009

Annual Dinner

Kali ni kita nak tulis tentang aktiviti asrama kita yang terbaru iaitu annual dinner!!! Annual dinner tu baru je lepas... pada hari Sabtu bersamaan 24/10/2009 (semalam la..) asrama kita telah mengadakan annual dinner. Annual dinner tu diuruskan oleh kakak-kakak dan abang-abang form3 kat asrama tu... asrama perempuan dipanggil ASPURI manakala asrama lelaki dipanggil ASPURA... Annual dinner itu diadakan di Hotel Pan Pacific... Nak dipendekkan criter,kitorang bertolak dari asrama pukul 6:30 petang. Pastu kitorang berhenti kejap untuk menunaikan solat Maghrib. Kitorang sampai ke hotel tu kira-kira pukul 8:30 malam. Mula-mula kitorang dengar ucapan Ketua Pengarah annual dinner.Pastu ucapan pengetua sekolah dan last skali ucapan daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Selepas tu baru kitorang makan makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Sambil makan,kitorang tengok persembahan daripada Aspuri dan Aspura. Lepas persembahan ada acara tukar hadiah,cabutan bertuah dan sesi fotografi. Kitorang bertolak dari hotel kira-kira pukul 11:30 malam dan sampai ke asrama kira-kira pukul 1:00 pagi.... Kitorang penat sangat tapi happy!!




<=Ni gambar kakak form2...


Ni plak gambar kakak form5=>




<= Ni gambar kengkawan kita



Yang ni persembahan budak form1
dan akak form4 aspuri=>



<=Dan yang ni plak persembahan SHUFFLE daripada aspura form2







Ni plak gambar budak Aspura form2=>








Okey la... sampai sini jer post kali ni.... Kita kena packing nak balik asrama... BYE!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan