Sabtu, 31 Oktober 2009

Examination


Arrhh!!! Tension!!! Periksa Akhir Tahun (PAT) dah dekat! camne ni?? Belum abis study... Sejarah jer dah abis... Yang lain baru ckit-ckit.... Takut... periksa pertengahan tahun dapat 7A 2B... Bleh la tapi kita mesti dapat 9A!!! iaitu mata pelajaran SEJARAH, MATEMATIK, GEOGRAFI, BAHASA MALAYSIA, ENGLISH, SCIENCE, KEMAHIRAN HIDUP, PENDIDIKAN ISLAM, dan BAHASA ARAB.... TAKUT NYER!!!! doakan kita berjaya tau!! Ibu kita kata kita bleh dapat 9A kalau kita usaha.... kita akan cuba!!! kepada semua pembaca blog kita, doakan kejayaan kita dalam periksa akhir tahun yang bakal kita hadapi...... kakak kita dah lepas PMR... Adik lelaki kita dah lepas PAT... Tinggal kita dengan adik perempuan kita jer... doakan kejayaan kitorang tau... Okey la... kita nak sambung study ni... BYE!!!

Ahad, 25 Oktober 2009

Annual Dinner

Kali ni kita nak tulis tentang aktiviti asrama kita yang terbaru iaitu annual dinner!!! Annual dinner tu baru je lepas... pada hari Sabtu bersamaan 24/10/2009 (semalam la..) asrama kita telah mengadakan annual dinner. Annual dinner tu diuruskan oleh kakak-kakak dan abang-abang form3 kat asrama tu... asrama perempuan dipanggil ASPURI manakala asrama lelaki dipanggil ASPURA... Annual dinner itu diadakan di Hotel Pan Pacific... Nak dipendekkan criter,kitorang bertolak dari asrama pukul 6:30 petang. Pastu kitorang berhenti kejap untuk menunaikan solat Maghrib. Kitorang sampai ke hotel tu kira-kira pukul 8:30 malam. Mula-mula kitorang dengar ucapan Ketua Pengarah annual dinner.Pastu ucapan pengetua sekolah dan last skali ucapan daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Selepas tu baru kitorang makan makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Sambil makan,kitorang tengok persembahan daripada Aspuri dan Aspura. Lepas persembahan ada acara tukar hadiah,cabutan bertuah dan sesi fotografi. Kitorang bertolak dari hotel kira-kira pukul 11:30 malam dan sampai ke asrama kira-kira pukul 1:00 pagi.... Kitorang penat sangat tapi happy!!




<=Ni gambar kakak form2...


Ni plak gambar kakak form5=>




<= Ni gambar kengkawan kita



Yang ni persembahan budak form1
dan akak form4 aspuri=>



<=Dan yang ni plak persembahan SHUFFLE daripada aspura form2







Ni plak gambar budak Aspura form2=>








Okey la... sampai sini jer post kali ni.... Kita kena packing nak balik asrama... BYE!!!



Sabtu, 17 Oktober 2009

Sorry


First of all, sebelum kita tulis criter-criter yang lain, kita nak minta maaf sebab dah lama........sangat tak update blog ni.... Kita busy sangat.... maklumlah,kita kan duduk asrama,so susah cikit nak dapat waktu free..... Sekarang kita dah free cikit.... Boleh la kita update blog ni selalu, kan??? Sebenarnyer kita ada banyak criter yang kita nak tulis kat sini, tapi semua tu dah lepas lama dah. So, kita lupakan jer la.....Tapi tak lama lagi ada criter yang best.... Kita tak boleh criter sekarang..... so, tunggu jer la... Tapi yang penting sekarang ni kita nak minta maaf sangat-sangat la kat semua sebab dah lama sangat tak update blog ni,kan???? Kita tulis sampai sini jer la sebab kita nak fikir pasal post seterusnyer plak.... Okey la.... BYE