Pages

Sabtu, 31 Oktober 2009

Examination


Arrhh!!! Tension!!! Periksa Akhir Tahun (PAT) dah dekat! camne ni?? Belum abis study... Sejarah jer dah abis... Yang lain baru ckit-ckit.... Takut... periksa pertengahan tahun dapat 7A 2B... Bleh la tapi kita mesti dapat 9A!!! iaitu mata pelajaran SEJARAH, MATEMATIK, GEOGRAFI, BAHASA MALAYSIA, ENGLISH, SCIENCE, KEMAHIRAN HIDUP, PENDIDIKAN ISLAM, dan BAHASA ARAB.... TAKUT NYER!!!! doakan kita berjaya tau!! Ibu kita kata kita bleh dapat 9A kalau kita usaha.... kita akan cuba!!! kepada semua pembaca blog kita, doakan kejayaan kita dalam periksa akhir tahun yang bakal kita hadapi...... kakak kita dah lepas PMR... Adik lelaki kita dah lepas PAT... Tinggal kita dengan adik perempuan kita jer... doakan kejayaan kitorang tau... Okey la... kita nak sambung study ni... BYE!!!

Ahad, 25 Oktober 2009

Annual Dinner

Kali ni kita nak tulis tentang aktiviti asrama kita yang terbaru iaitu annual dinner!!! Annual dinner tu baru je lepas... pada hari Sabtu bersamaan 24/10/2009 (semalam la..) asrama kita telah mengadakan annual dinner. Annual dinner tu diuruskan oleh kakak-kakak dan abang-abang form3 kat asrama tu... asrama perempuan dipanggil ASPURI manakala asrama lelaki dipanggil ASPURA... Annual dinner itu diadakan di Hotel Pan Pacific... Nak dipendekkan criter,kitorang bertolak dari asrama pukul 6:30 petang. Pastu kitorang berhenti kejap untuk menunaikan solat Maghrib. Kitorang sampai ke hotel tu kira-kira pukul 8:30 malam. Mula-mula kitorang dengar ucapan Ketua Pengarah annual dinner.Pastu ucapan pengetua sekolah dan last skali ucapan daripada wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Selepas tu baru kitorang makan makanan yang disediakan oleh pihak hotel. Sambil makan,kitorang tengok persembahan daripada Aspuri dan Aspura. Lepas persembahan ada acara tukar hadiah,cabutan bertuah dan sesi fotografi. Kitorang bertolak dari hotel kira-kira pukul 11:30 malam dan sampai ke asrama kira-kira pukul 1:00 pagi.... Kitorang penat sangat tapi happy!!




<=Ni gambar kakak form2...


Ni plak gambar kakak form5=>




<= Ni gambar kengkawan kita



Yang ni persembahan budak form1
dan akak form4 aspuri=>



<=Dan yang ni plak persembahan SHUFFLE daripada aspura form2







Ni plak gambar budak Aspura form2=>








Okey la... sampai sini jer post kali ni.... Kita kena packing nak balik asrama... BYE!!!



Sabtu, 17 Oktober 2009

Sorry


First of all, sebelum kita tulis criter-criter yang lain, kita nak minta maaf sebab dah lama........sangat tak update blog ni.... Kita busy sangat.... maklumlah,kita kan duduk asrama,so susah cikit nak dapat waktu free..... Sekarang kita dah free cikit.... Boleh la kita update blog ni selalu, kan??? Sebenarnyer kita ada banyak criter yang kita nak tulis kat sini, tapi semua tu dah lepas lama dah. So, kita lupakan jer la.....Tapi tak lama lagi ada criter yang best.... Kita tak boleh criter sekarang..... so, tunggu jer la... Tapi yang penting sekarang ni kita nak minta maaf sangat-sangat la kat semua sebab dah lama sangat tak update blog ni,kan???? Kita tulis sampai sini jer la sebab kita nak fikir pasal post seterusnyer plak.... Okey la.... BYE

Sabtu, 16 Mei 2009

Hari Guru

Salam... Dah lama kita tak update blog ni,kan??? Bersempena ngan HARI GURU, kita nak update blog ni hari ni....(cam pelik jer ayat).....Okey. Straight to the point. Sebenar nyer kita nak ucapkan SELAMAT HARI GURU @ HAPPY TEACHERS DAY kepada semua guru-guru terutama skali yang mengajar kita..... cikgu fauziah,cikgu hanis,cikgu ain,cikgu KZ,cikgu ertati,cikgu zahratullail,cikgu fatimah, ngan ramai lagi ar!!!penat nak taip semua nama nanti....harap-harap ade la cikgu kita yang baca post kali ni...... Kita nak ucapkan kepada semua cikgu2 kita,trima kasih sebab dah didik kita sampai ke tahap sekarang ni,sabar dengan kita yang selalu tidur kat kelas,main,tapi berkat doa cikgu,kita berjaya dalam UPSR,PMr blom lagi.... HE...HE...HE... kepada semua pembaca blog kita ni,dah wish ke guru-guru anda semua???? kalau blom,tinggalkan internet ni,tutup komputer dan pergi wish guru-guru anda sekarang!!!untuk memberi peluang kepada anda semua,kita stop sampai sini jer dulu... Daa....

Jumaat, 1 Mei 2009

Mentor-Mentee

Pada 18/4 ialah Hari Kecemerlangan Pelajar Asrama... so,sure ar kita pun terlibat. Seminggu sebelum tarikh tu kitorang (budak2 form 1) diminta buat persembahan sempena acara tersebut... kitorang langsung takde idea nak buat apa pastu kitorang buat keputusan untuk nyanyi lagu Keluarga Bahagia & Anak Soleh. sepanjang latihan kitorang asyik bertengkar. Latihannya dibuat pada waktu prep so,sure la kitorang banyak lagi kerja tak siap ngan waktu malam time dah nak tidur....waktu mentor-mentee tu kitorang dah hilang suara.... mengantuk plak tu...lepas nyanyi ke2-2 lagu tu,kitorang nyanyi trademark Aspuri pastu nyanyi lagu Mentor..... waktu tu suara kita dah hilang habis dah....kata kakak kat situ,kitorang buat best cuma suara jer problem.... Okey la... sampai sini jer dulu.....BYE....

HEPPY BIRTHDAY

Buat pengetahuan semua pembaca blog kita ni,sebenar nyer pada 24/4 ialah bufday kakak kita... Kita ngan kawan-kawan kita rancang nak wish kakak kita tu. Rancangan tu dijalankan pada waktu malam tu gak..Kitorang semua pergi serbu dorm kakak kita tu ramai2 pastu nyanyikan lagu 'HAPPY BIRTHDAY'..... Kawan2 kita salam kakak kita pastu ada plak kawan kita yang bagi salam. Kita plak bagi kakak kita hadiah.... kepada kakak kita, adik ucapkan HEPI BUFDAY!!!

Ahad, 12 April 2009

Kartun

Kali ni kita nak bagi tau la kat semua pembaca blog kita ni tentang animasi-animasi kegemaran kita. Sebenar nyer banyak yang kita suka,antara nyer DORAEMON,DETECTIVE CONAN, SHIN CHAN, NARUTO dan banyak lagi ar... Kita ni memang suker sangat tengok criter kartun. Doraemon tu kita suker sebab bagi kita Doraemon tu CUTE sangat!!! Yang Detective Conan tu plak kita suker sebab Conan nyer HEBAT!!! Lagi pun kita memang suka criter2 yang berkaitan dengan penyiasatan, yang mencabar dan macam-macam lagi ar.... Kita dah takde idea nak taip ape sekarang ni... Tengok la gambar-gambar kat bawah ni.....

                                       

Isnin, 6 April 2009

Orientasi B.A

Kita sebenar nyer baru habis orientasi bahasa arab (b.a) kat asrama. Orientasi tu untuk pelajar KAA (kelas aliran agama) jer....Makna nyer ada ramai la pelajar yang bukan asrama masuk...Kita dapat kumpulan 6,nama kumpulan tu ialah SALSABILA. Nak dipendekkan criter ada banyak aktiviti yang best.... yang paling best ialah treasure hunt. Walaupun kena denda jer sebab tak dapat jawab soalan,tapi denda yang kena MINUM TELUR TU BEST SEBAB TELUR TU SEDAP WALAUPUN MENTAH LAGI... Aktiviti yang paling tak best plak ialah treasure hunt gak sebab salah satu denda tu menyebabkan tudung kita rosak!!!! tu yang geram tu!!!!tapi ,yang penting kumpulan SALSABILA dapat tempat ke-2!!!!!YAY!!!! Lagi pun semua kumpulan dapat hamper so,tak la bengang kita dibuat nyer.... OK la... Kita tengah busy ni... kita chow dulu....

Ahad, 5 April 2009

Tension lagi

Kali ni pun kita nak lepaskan geram! Sebenar nyer kita marah ngan kawan kita... Dia tu dah jadi sama macam kawan nyer,FN...FN tu macam orang yang GK(gila kuasa). Kawan kita tu yang kita gelar kat sini FA dah jadi macam FN sejak FA jadi ketua form 1 kat asrama. FA tu asal nyer tak macam tu.... Dia dah berubah dah sekarang...;( Kawan dia yang FN tu bukan jer GK tapi perangai dia pun menyakitkan hati... Kita ngan budak form 1 yang lain gelar dia (MP) (miss perfect tapi dalam kurungan makna nyer tak la perfect pun perangai nyer) Antara yang menyebab kita sakit hati ialah dia marah kita tak tentu pasal! Tiba-tiba plak tu kita kena marah!!! Yang salah orang lain, tapi kita yang kena marah!!! Waktu tu kat bilik prep, kita tengah tanya pasal homework, kat bilik prep tu ada kumpulan yang dibahagikan oleh FA, kat bilik prep tak bleh bising, so,kita cakap perlahan jer ar tiba-tiba si FN tu marah kita. Dia kata,"AIN!!!DIAM LA!!! ", tapi sebenar nyer dia ngan kumpulan dia tu yang bising,tapi nak tuduh kita plak. Kita memang sakit hati dengan dia tu!!!!!!Pastu ada plak budak yang digelar di sini SH pun nak ikut menyibuk marah kita TANPA sebab yang munasabah. Si SH tu plak cakap,"AIN!!! KO NGAN KUMPULAN KO BISING!!! KUMPULAN KO KENA DENDA SEBAB BISING!!!",sedangkan dia yang bising!!!!kitorang (budak form 1) memang sengaja buat denda biar tak kena marah ngan warden.... sepatut nyer diorang tu yang bising!!! kumpulan kita ngan kita senyap......sebenar nyer kita harap diorang tu baca la post yang ni, biar diorang sedar yang diorang tu dah silap....Cakap tak serupa bikin la diorang tu!!!!

p/s:Kalau ada yang terasa, jangan saman kita....
p/s2:diorang tu cakap orang, tapi sebenar nyer diorang yang lebih....

Ahad, 22 Mac 2009

Balik asrama

Hari ni hari terakhir kita cuti....Esok dah mula sekolah balik.... Sedih ada gembira pun ada... Apa pun hari ni gak kita kena balik asrama.Itu kita tak kisah tapi yang problem nyer kita malas nak kemas barang-barang nyer....Kita nak buka blog ni pun sekejap jer bleh... Ni buka semata-mata nak tulis post ni jer ar. Sebenar nyer takde apa-apa criter pun,cuma saje nak tulis post.Jangan marah tau... Kalau tak salah kita,esok ada lagi kawan-kawan kita akan masuk asrama.BEST NYER!!! Harap-harap diorang satu dorm ngan kita....Eh!Dah pukul brape ni?Kita belum kemas barang lagi!Okey la.Kita nak kemas barang sekarang ni....BYE-BYE!!!

Khamis, 19 Mac 2009

Pesanan Rasulullah SAW terhadap wanita

Post kali ni plak adalah untuk renungan terutama sekali kaum wanita kerana ini ialah pesanan Rasulullah SAW kepada wanita....

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

p/s:sumber dari blog MyNewLife tapi kalau nak tau dari mana plak dia dapat pergi blog dia pastu tanya dia...

Love Story-Taylor Swift

Post kali ni ialah Love Story-Taylor Swift

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you

p/s:Kalau tak tau lagu ni cuba la cari kat mane-mane....Nak copy lirik-lirik yang ada kat blog kita ni pun takpe....

Stay

Post kali ni ialah lirik lagu Estrella-Stay...

Sounds straight from the twilight
Has me up all night I can’t
Fall asleep coz I keep thinking of you
And I saw a shadow, outside my window
And it’s you!

c/o
All my sorrows flew away,
Hush keep quiet hear me say
I don’t ever want you to go
Please stay

With the moonlight dancing free
And there’s no one but you and me
There’s no reason to go astray
Please stay

-bridge
Making up a story
It’s the way you’re looking at me
If you think that this is funny
It’s just you

Try and think about it
If your heart is closed don’t lock it
Keep your keys back in your pocket, think this through

Repeat c/o

p/s:Sumber daripada blog Syamimie iaitu MyNewLife